Solat 5 Waktu dan kaitannya dengan warna alam




Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam ibadat sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.

Aku cuba cari laporan tersebut dekat Internet, kalau-kalau ada maklumat lebih terperinci pasal kajian tersebut tapi tak dapat. Walaubagaimana pun, CVT sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Subuh. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaanJadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ? Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. 

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita 

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otakMereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selaluberada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya …?

Di ambil dari kiriman email seorang teman. Diharap kita dapat belajar sesuatu dan mengambil iktibar darinya.

[Read More...]


IBU - Sebuah kisah seribu pengajaran



Di sebuah desa ada seorang ibu yang sudah tua hidup berdua dengan anak satu-satunya. Suaminya sudah lama meninggal karena sakit.

Sang ibu seringkali merasa sedih memikirkan anak satu-satunya. Anaknya mempunyai tabiat yang sangat buruk yaitu suka mencuri, berjudi, mengadu ayam, dan banyal lagi yang membuat ibu sering menangis meratapi nasibnya yang malang. Namun begitu , ibu tua itu selalu berdoa agar anaknya dapat sadar dan bertobat atas perbuatannya. Suatu hari si anak kembali mencuri di sebuah rumah penduduk desa. Namun malang nasib anak itu, dia tertangkap oleh penduduk , lalu ia dibawa kehadapan pengadilan kerajaan untuk diadili sesuai dengan kebiasaan kerajaan.

Setelah ditimbang berdasarkan sudah seringnya ia mencuri, maka tanpa ampun lagi si anak laki tersebut dijatuhi hukuman pancung. Pengumuman hukuman tersebut disebarkan keseluruh desa. Hukuman pancung akan dilaksanakan esok harinya di depan rakyat desa dan kerajaan tepat pada saat lonceng kerajaan berdentang menandakan pukul enam pagi.

Berita hukuman itu akhirnya sampai ke telinga ibunya. Ia menangis meratapi anak yang sangat dicintainya, sambil berdoa kepada Allah SWT. Dengan tertatih-tatih si ibu tersebut mendatangi Raja dan memohon agar anaknya dibebaskan, tapi keputusan sudah bulat, si anak tetap harus menjalani hukuman. Dengan hati hancur si ibu kembali ke rumah.

Keesokan harinya, di tempat yang sudah ditentukan, rakyat berbondong-bondong untuk menyaksikan hukuman pancung tersebut. Sang algojo sudah siap dengan pancungnya, dan si anak tadi sudah pasrah menantikan saat ajal menjemputnya. Terbayang di mata si anak wajah ibunya yang sudah tua, tanpa terasa dia menangis menyesali perbuatannya.

Detik-detik yang dinantikan akhirnya tiba. Sampai pada waktu yang ditentukan, lonceng kerajaan belum juga berdentang. Suasana mulai berisik. Sudah lewat sepuluh menit dari waktunya. Akhirnya didatangilah petugas yang membunyikan lonceng di kerajaan. Penjaga yang membunyikan lonceng tersebut juga mengaku heran, karena sudah sedari tadi dia menarik lonceng, tapi suara dentangnya tidak terdengar.

Ketika mereka sedang terheran-heran, tiba-tiba dari tali yang dipegangnya untuk membunyikan lonceng mengalir darah, darah tersebut datangnya dari atas, berasaldari tempat dimana lonceng diikat. Dengan jantung berdebar-debarseluruhrakyat menantikan saat beberapa orang naik ke atas menyelidiki sumber darah itu. Tahukah anda apa yang terjadi ? ternyata di dalam lonceng besar itu ditemui tubuh si ibu tua dengan kepala hancur berlumuran darah. Dia memeluk bandul di dalam lonceng yang mengakibatkan lonceng tidak berbunyi, sebagai gantinya kepalanya yang terbentur ke dinding lonceng.

Seluruh orang yang menyaksikan kejadian itu tertunduk dan meneteskan air mata. Sementara si anak meraung-raung memeluk tubuh ibunya yang sudah diturunkan. Dia menyesali dirinya yang selalu menyusahkan ibunya. Ternyata malam sebelumnya si ibu dengan susah payah memanjat ke atas dan mengikat dirinya di lonceng tersebut serta memeluk besi di dalam lonceng, untuk menghindari hukuman pancung anaknya. Sungguh cinta ibu kepada anaknya hingga akhir hayatnya.

[Read More...]


Kursus LDP - EDUWEBTV



Balik Pulau, 18 April yang lalu telah berlangsung satu Latihan Dalam Perkhidmatan yang dijalankan secara perkongsian ilmu oleh Cikgu Rizwan Dahlan

Penceramah (Cikgu Rizwan) sedang menunjukkan cara melayari laman web EDUWEBTV kepada guru-guru.


Guru besar turut serta menambah ilmu IT dan WEB tv



Cikgu-cikgu sedang kusyuk melayari portal EDUWEBTV untuk mencari bahan P&P.

Alhamdullilah, pada akhir kursus 100% guru menguasai objektif kursus yang dijalankan. Malahan terdapat guru yang telah berjaya mendapat lebih ilmu IT secara perkongsian ilmu
[Read More...]


Sejarah APRIL FOOL



Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Ketahuilah Islam dibawa ke Sepanyol oleh sahabat Nabi s.a.w. :Tariq bin Ziyad r.a. bersama bala-tentara para Muslimin(sahabat r.ahum) Mereka berdakwah kpd Kafirin di Spanyol dan Islam tersebar ke seluruh Spain.

Menjelang masa... orang-orang barat Kristian/Yahudi kurang senang dgn kemajuan Sepanyol dari segi sains dan ilmu. Ketahuilah bahwa Universiti pertama didunia dibina oleh kaum Muslimin di Sepanyol !! Maka mereka sering serang Sepanyol tetapi gagal kerana iman dan amal kaum Muslimin begitu teguh sekali.

Mereka selalu ikuti ajaran2 Al-Quraán. Islam kata solat mereka solat, tutup aurat mereka pakai tudung denqan juga tidak berzina dan minum arak. Kerana itu bantuan allah sentiasa bersama kaum Muslimin di Sepanyol. Maka setelah beratus tahun lamanya..Muslim Sepanyol mulalah lemah. Orang barat tahu selagi kaum Muslimin ikuti ajaran Al-Qurán mereka tiada boleh takluki Sepanyol. Maka mereka hantar arak secara percuma ke Sepanyol..wanita2 joget(belly dancers), menyebarkan cara gaul bebas dan sebagainya. Lama-kelamaan kaum Muslimin termakan juga perdayaan barat itu.

Ramai antara muslimin/muslimat kaum muda Sepanyol terpengaruh dgn ala cara hidup barat hingga minum, zina dan sebagainya. Mereka terlalai dgn maksiat dan lupa pd Allah swt. Di saat-saat inilah bila Muslimin Sepanyol telah lemah maka tentera Barat serang Sepanyol dan akhirnya menang dan menakluki Sepanyol setelah Islam di Sepanyol selama 600 - 800 tahun.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (the Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya: ( 1 April ), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini. Mereka(muslimin) juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day (Hari kaum Muslim Spanyol 'difooled' -dibunuh semuanya) tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita..

Artikel di ambil dari http://www.spm07.com/artikel-am/agama/a ... panyol.php

[Read More...]


HOROSKOP



Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.
Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku
selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan
kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan
kita bersama.

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di
internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau
sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu
berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan
bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap
tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu,
maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. Bagaimanapun katanya, jika
membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik,
hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada
orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa
dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara
main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.
Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia
membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak
diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan
termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah
Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan
malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. Program yang mengulas mengenai ayat 105,
surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai
tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan
pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca
ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu
akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang
dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui
khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai
nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup
mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan
kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS
horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan
untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita
hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja
dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat
sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu
benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka
jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang
tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak
percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata, Allah sudah memberi
amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan
mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.
Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa
setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan
daripada sudut akidah mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang
ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa
izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai
yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh
mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri,
permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu
mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya
menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar
sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang
taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga
golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang
hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit. Malah,
Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa
depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya
dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal
dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan
Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon
kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu
semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12
yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari
ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah
beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.

"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan
bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak
kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah
bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau
lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara
lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan
membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh
memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. ..
[Read More...]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors