Sejarah APRIL FOOL



Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Ketahuilah Islam dibawa ke Sepanyol oleh sahabat Nabi s.a.w. :Tariq bin Ziyad r.a. bersama bala-tentara para Muslimin(sahabat r.ahum) Mereka berdakwah kpd Kafirin di Spanyol dan Islam tersebar ke seluruh Spain.

Menjelang masa... orang-orang barat Kristian/Yahudi kurang senang dgn kemajuan Sepanyol dari segi sains dan ilmu. Ketahuilah bahwa Universiti pertama didunia dibina oleh kaum Muslimin di Sepanyol !! Maka mereka sering serang Sepanyol tetapi gagal kerana iman dan amal kaum Muslimin begitu teguh sekali.

Mereka selalu ikuti ajaran2 Al-Quraán. Islam kata solat mereka solat, tutup aurat mereka pakai tudung denqan juga tidak berzina dan minum arak. Kerana itu bantuan allah sentiasa bersama kaum Muslimin di Sepanyol. Maka setelah beratus tahun lamanya..Muslim Sepanyol mulalah lemah. Orang barat tahu selagi kaum Muslimin ikuti ajaran Al-Qurán mereka tiada boleh takluki Sepanyol. Maka mereka hantar arak secara percuma ke Sepanyol..wanita2 joget(belly dancers), menyebarkan cara gaul bebas dan sebagainya. Lama-kelamaan kaum Muslimin termakan juga perdayaan barat itu.

Ramai antara muslimin/muslimat kaum muda Sepanyol terpengaruh dgn ala cara hidup barat hingga minum, zina dan sebagainya. Mereka terlalai dgn maksiat dan lupa pd Allah swt. Di saat-saat inilah bila Muslimin Sepanyol telah lemah maka tentera Barat serang Sepanyol dan akhirnya menang dan menakluki Sepanyol setelah Islam di Sepanyol selama 600 - 800 tahun.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (the Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya: ( 1 April ), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini. Mereka(muslimin) juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day (Hari kaum Muslim Spanyol 'difooled' -dibunuh semuanya) tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita..

Artikel di ambil dari http://www.spm07.com/artikel-am/agama/a ... panyol.php



Responses

0 Respones to "Sejarah APRIL FOOL"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors