Tarikh pengumuman Keputusan UPSR 2010



Untuk Makluman semua

Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengumumkan keputusan UPSR 2010 pada 11 November 2010 bersamaan hari khamis minggu ini. Keputusan boleh mula diambil di sekolah selewat-lewatnya pada pukul 10.00 pagi. Harap kerjasama semua pihak supaya sabar menanti.
[Read More...]


Karnival Kitar Semula - JOM Recycle 2010



Balik Pulau, 04 Sept - Bermula seawal pukul 7 pagi dataran SK Balik Pulau telah mula penuh dengan kehadiran tetamu dan murid untuk program Karnival Kitar Semula - JOM Recycle 2010. Sekali lagi dengan kerjasama Holiday Inn Resort, yang merupakan penaja kepada program serupa pada tahun lepas.

Kali ini, perancangan diatur lebih rapi dengan pelbagai acara dirancang seperti lintas hormat perbarisan, tarian poco-poco, gerai-gerai jualan, kaunter pameran, kempen derma darah, jualan amal dan pelbagai pertandingan. Hujan yang turun agak lebat selepas sahaja acara perasmian membantutkan sedikit kemeriahan program. Namun demikian ia tidak melunturkan semangat para murid untuk terus berkarnival.

Karnival dibuka dengan perasmian dan lintas hormat pasukan kawat oleh perasmi YB Dato Dr. Hj Helmi diiringi oleh En. Zaki Idris (GB) Tn. Hj. Taufik Solung (NYDP PIBG) Ms. Stella Jacob (GM Holiday Inn)





Murid-murid mengerumuni kaunter tiket cabutan bertuah. Dengan derma 2 kg barang kitar semula pengunjung layak untuk satu tiket cabutan bertuah

Antara waris murid yang prihatin menderma darah. Terima kasih atas sumbangan anda.

 En. Zaki Idris (GB), YB Dato Seri Dr. Hj. Helmi Hj Yahya, Ms. Stella Jacob (GM Holiday Inn), Tn. Hj. Taufik Sulung (NYDP PIBG) berdiri memerhatikan persembahan kawad formasi oleh pasukan kawad SK Balik Pulau. 

 Holiday Inn team yang menjayakan karnival. Terima kasih daun keladi

 Pemenang Peraduan Kitar Semula paling banyak dengan berat barang kitar semula 308 kg. Memenangi Baucer Sunday Night Buffet Di Holiday Inn Penang. Tahniah


Cikgu Saad sedang bersedia untuk melancarkan roket pada pertandingan Water Rocket iaitu aktiviti kemuncak pada hari itu.

Peserta pertandingan Gubahan Tuala 

 Jumble Sale - mendapat sambutan hangat dari para pengunjung

Walaupun cuaca yang pada awalnya agak tidak mengizinkan tetapi semua acara yang dirancang dapat berjalan akhirnya. Sebagai penutup pada tersebut adalah penyampaian hadiah temasuklah hadiah cabutan bertuah. Sampai jumpa lagi tahun hadapan.









[Read More...]


Latihan Dalam Perkhidmatan kali-3, 2010



Balik Pulau, 22 Mei - PERDA dengan jayanya telah menghantar dua penceramah untuk menyampaikan ceramah bertajuk Pengenalan Komputer dan Asas Pembinaan Laman WEB. Semua guru hadir walaupun terpaksa mengorbankan cuti hujung minggu yang ketiga dalam bulan ini. Nampaknya tema ini amat sesuai untuk dikembangkan sesuai dengan perkembangan semasa dan saranan kerajaan untuk membina masyarakat celik IT.


 cikgu-cikgu tengah kusyuk menghadap komputer

 semua guru tak berkalih langsung. Tumpuan penuh...

 Pandangan penuh, kiranya LDP kali ini paling menarik minat cikgu-cikgu sebab boleh menghadap komputer sambil menjalani latihan.
 Pn. Saliha sedang kusyuk menjeling orang lain sambil mencari ilham untuk membina WEB Ko-Kurikulum.

 cikgu-cikgu lelaki 
Cik Rose pula sedang tersenyum melihat hasil WEB yang dibina beliau


GB memerhati dengan penuh minat. Sempat juga beliau hadir walaupun sedang bercuti.

cikgu-cikgu ni pula tersenyum melihat telatah penceramah dari PERDA, Cik Linda

Tepat pukul 12.00 maka berakhirlah LDP kali ini. Walaupun dalam masa yang agak terbatas namun pengisian nya amat memberangsangkan.

[Read More...]


Kejohanan Tenpin Boling Jemputan Sempena Hari Guru 2010




JEMPUTAN

Sempena Hari Guru 2010

Bila:
16 Mei 2010

Tempat:
Bukit Jambul Bowl

Masa:
Pendaftaran : 12.00 tgh
Pertandingan : 12.30 tgh

Hadiah:
5 Plaque untuk 5 pemenang kategori lelaki
5 Plaque untuk 5 pemenang kategori perempuan
dan 10 hamper

Siapa patut hadir:
SEMUA GURU, KAKITANGAN SK BALIK PULAU, AHLI KELUARGA DAN SEMUA JEMPUTAN KHAS
dijemput hadir untuk memeriahkan.


[Read More...]


Sukan Tahunan Kali ke 8



Balik Pulau, 27 April - Kemeriahan Sukan Tahunan kali ke-8 sudah mula terasa semenjak minggu lepas dengan pelbagai persiapan akhir dilakukan oleh setiap rumah sukan. Pelbagai idea dan ciptaan diketengahkan oleh rumah masing-masing. Persaingan nampak jelas bila bilik guru suram dengan kehadiran beberapa orang guru sahaja dalam satu-satu masa. Semua guru rumah sibuk mengatur strategi dan perancangan untuk rumah masing masing.

7.30 pagi sabtu maka berlangsung acara paling GRAND tahun dengan munculnya pelbagai maskot dari Little Mermaid, Spongebob, Ninja Turtle dan Lady bird. Setiap rumah menampilkan kelainan masing-masing demi merampas piala Johan Perbarisan, yang mana agak sukar bagi rumah lain untuk mengejar kedudukan mata pasukan rumah Hijau.

Sementalahan itu, acara berterusan dengan pertandingan Sukaneka Pra Sekolah dan Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Rumah Laksamana (Kuning)

Rumah Syahbandar (Merah)
Rumah Bendahara (Hijau)
Rumah Temenggong (Biru)

Rumah Khas Masalah Pembelajaran

Rumah Pra Sekolah (Aisyah dan Khadijah )

Perarakan masuk perasmi YB. Sr Mohd Farid B. Saad dengan iringan kompang

Bacaan Doa oleh Ustaz Rizal Abd Rashid

Ucapan Perasmian oleh YB

Bacaan Ikrar di ketuai oleh adik Arif Ikmal B. Fazil Akashah



Persembahan Seni Silat dari Kelab Silat SK Balik Pulau



Aksi 'LadyBird' memberi bunga telur untuk GB mencuri tumpuan penonton

Aksi Rumah Merah - Johan Perbarisan 2010 - Kreatif dengan penggunaan elemen kitar semula.

Aksi murid-murid prasekolah bersukaneka


Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya guru-guru, ibubapa dan semua murid dalam penganjuran SUKAN TAHUNAN Kali Ke-8, 2010. Anda semua adalah nadi SK Balik Pulau.

[Read More...]


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE 9 TAHUN 2010



Balik Pulau, 23 April - Selepas bertungkus-lumus selama hampir sebulan menyiapkan kontinjen masing-masing akhir semua rumah sukan akan diuji pada esok hari dengan sebanyak 74 acara dipertandingkan. Esok akan berlangsung pertandingan akhir bagi acara 100 M, 200 M dan 4 X 100 M tahun 4,5 dan 6 kategori lelaki dan perempuan.

Tahun ini untuk kali pertamanya SK Balik Pulau mengadakan pertandingan bagi acara jemputan 4 X 100 M untuk sekolah-sekolah sekitar. Setakat petang tadi sebanyak 5 buah sekolah sudah mengesahkan penyertaan.

Kepada semua kontinjen rumah sukan, SELAMAT BERTANDING DENGAN PENUH SEMANGAT KESUKANAN YANG TINGGI.
[Read More...]


Perarakan Maulidur Rasul 1430H



Balik Pulau, 08 Mac - Sempena sambutan Maulidur 1430H, SK Balik Pulau telah menghantar satu kontinjen untuk menyertai Perarakan Maulidur Rasul 1430H dari Padang Awam Kongsi hingga ke Masjid Daerah Balik Pulau.

 
Guru Besar mengetuai Kontinjen SK Balik Pulau

   
Pasukan TKRS yang dihantar mewakili sekolah

 
Nampak gaya boleh jadi johan kawad ni. Semua bersemangat....

Syabas kepada Cikgu Adzrul dan semua murid yang terlibat atas usaha beliau melatih pasukan TKRS ni.
[Read More...]


UPTP 1 dan Ujian Bulanan 1



Balik Pulau, 22 Feb - Selepas dua bulan bertungkus lumus dengan kelas dan kelas tambahan. Hari ini murid tahun 6 diuji dengan Ujian Penilaian Tahap Pencapaian yang pertama. Ujian ini akan dijadikan kayu ukur ke mana hala tuju mereka dalam UPSR nanti.


Sementelahan itu, murid tahun 1 hingga tahun 5 pula berdepan dengan ujian bulanan satu yang berlangsung mengikut jadual seperti dibawah.


Selasa     : BM (Penulisan)
                BM (Pemahaman)
                Sains
                Bahasa Arab Tahap 2


Rabu       : Bahasa Inggeris 1
                Bahasa Inggeris 2
                Bahasa Arab Tahap 1
                Pendidikan Islam


Khamis    : Matematik 1
                Matematik 2
                
Semoga berjaya.

[Read More...]


SKBP (3) vs SKMP (2)



Mutiara Perdana, 23 Feb - SK Balik Pulau bangkit dari ketinggalan 2-0 di separuh masa pertama dengan kemenangan 3-2. Gol pembukaan dijaringkan oleh Fitri seterusnya gol penyamaan oleh Asri. 


Sementara itu Shafizi dilayangkan kad kuning pertama SKBP akibat bergerak awal semasa sepakan percuma. Gol kemenangan hadir 5 minit sebelum masa berakhir yang  dijaringkan oleh Nik Aidil hasil hantaran lintang Ammar dari sebelah kiri gawang.


Antara riak wajah kepuasan selepas menundukkan SK Mutiara Perdana.





Jangan lupa untuk bersama-sama menyokong pasukan SK Balik Pulau hari ini.


SK BALIK PULAU vs SK BAYAN LEPAS
di padang SK Mutiara Perdana
Jam 5.00 ptg
[Read More...]


Kejohanan Sepak Takraw MSSPP Zon Balik Pulau 2010




Balik Pulau, 17 Feb -  Kejohanan Sepak Takraw MSSPP Zon Balik Pulau 2010 yang berlangsung di Kompleks Sukan Balik Pulau berlangsung dengan meriah. 16 pasukan dari sekolah-sekolah zon Balik Pulau berentap untuk menentukan kejuaraan sukan pertama tahun ini.


Perlawanan berlangsung sengit dengan pasukan pilihan bersaing hingga ke peringkat suku akhir. Pasukan SK Balik Pulau bermula garang mengalahkan SK Pulau Betong 3-0, dan mengalahkan SK Bayan Lepas 2-1 diperingkat suku akhir.


Peringkat separuh akhir, SK Sg. Pinang agak mengganggu rentak kemenangan apabila akhirnya ditewaskan 2-0. Di gelanggang sebelah berlangsung perlawanan SK Sg. Batu dan SK Sg. Ara yang berakhir SK Sg. Batu menang 2-1.


Perlawanan akhir berlangsung antara SK Balik Pulau dan SK Sg. Batu. Perlawanan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan masing-masing menang 1 regu. Perlawanan penentuan regu ketiga SK Balik Pulau ketinggalan dengan 15-19 di set pertama yang akhirnya dimenangi 20-21. Set kedua SK Balik Pulau masih juga ketinggalan hinggalah ke mata 19-15 dimana SK Balik tanpa menoleh ke belakang menang dengan 21-15.


Antara gelagat pemain dan penonton yang dapat dirakam lensa penulis


    














Tahniah kepada Cikgu Haizul, Cikgu Zulkifly dan pasukan Sepak Takraw SK Balik Pulau 2009 dan semua terlibat secara langsung atau tidak.


SK BALIK PULAU teruskan kecemerlanganmu...
[Read More...]


Sambutan Hari Asyura 2010



09 Jan, Balik Pulau - Guru dan kakitangan SK Balik Pulau telah mengadakan satu program memasak bubur Asyura sempena hari Asyura 1430 H. Seperti kebiasaannya semua guru dan kakitangan menyumbang bahan-bahan untuk dimasak bersama-sama pada hari tersebut. Tahun ini sambutan lebih meriah kerana kehadiran warga guru dan kakitangan SMK Pondok Upeh. Dianggarkan lebih daripada 60 orang guru dan kakitangan hadir memeriahkan majlis.
           Program bermula dengan sarapan pagi dan sesi beramah mesra antara kakitangan sekolah SK Balik Pulau dan SMK Pondok Upeh dikantin sekolah.


Antara ragam yang dapat dirakam oleh lensa penulis:-

Guru-guru SMK Pondok Upeh dengan kawah bubur asyura

Guru Besar hadir ditemani isteri

 Kayuh, jangan tak kayuh. Guru-guru dan kakitangan SK Balik Pulau berkayuh di kawah sebelah

Akhirnya, agihan bubur asyura kepada semua yang terlibat. Bagi yang tak hadir dibungkus saja lah.

Program berakhir kira-kira pukul 1.00 tengah hari.


[Read More...]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors