Journey To The East Part 2








Assalamualaikum wbt.

Seperti yang dijanjikan dah masuk ahri kedua dan ini lah perkembangannya.

Seawal pukul 7 pagi semua anggota rombongan dah siap bersarapan untuk memulakan perjalanan penuh berliku ke Poring Hot Spring, Ranau. Dalam perjalanan dah sempat singgah membasahkan tekak dan merawat diri di Kundasang. Satu tempat dikaki gunung Kinabalu yang paling terkenal dengan sayur-sayuran terutamanya kubis. Sayangnya Pesta Kubis baru sahaja tamat.
Ni ketua rombongan tengah menikmati suasana yang nyaman di Kundasang. Panas matahari tetap sama cuma tiada bahang lah. Angin pulak sepoi-sepoi bahasa menyentuh kulit. Yang lain biasalah terus menuju bilik air untuk rawatan kumbahan.
Di pintu masuk Poring Hot Spring Ranau, semua dah keletihan menempuh perjalanan berliku sejauh 100 km lebih.
Bila dah masuk terus hilang rasa penat. Semua senyum girang nak pergi mandi la tu.
Ok lah sampai sini je dulu. Mata dah mengantuk, kita sambung esok je lah laporan seterusnya.
Adios






Ini antara gambar yang sempat dirakam








Responses

0 Respones to "Journey To The East Part 2"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors