Isu Tabiat Membaca Rakyat Malaysia: Bagaimana TV dan Akhbar Menyebarkan Informasi Salah ------------------------------



Rakyat Malaysia semakin suka membeli dan membaca buku. Buktinya, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melaporkan bahawa bagi tahun 2007, jumlah judul yang diterbitkan di Malaysia sudah meningkat ke 14,000. Pada tahun 2003, jumlah itu adalah 6,000 judul. Ini adalah lonjakan jumlah yang amat ketara, yakni lebih 100% dalam tempoh 4 tahun. Lonjakan seperti itu bukan hanya berlaku pada jumlah judul buku yang diterbitkan. Lonjakan juga berlaku pada jumlah pengunjung pesta buku, jumlah pempamer dalam pesta, pada jumlah booth, pada jumlah penerbit buku, jumlah kedai buku, jumlah naskhah cetakan, jumlah jualan buku dan jumlah pengarang.
Perkembangan pesat ini membuktikan bahawa gerakan kempen membaca yang dijalankan oleh PNM selama ini sudah menghasilkan kemajuan ke atas tabiat membeli dan membaca buku di kalangan rakyat Malaysia. Perlu diingat bahawa statistik PNM itu tidak memberi gambaran sebenar judul-judul yang dibeli dan dibaca oleh rakyat Malaysia. Statistik PNM itu hanya terhad pada judul buku-buku yang diterbitkan dalam negara. Statistik PNM tidak mengambil kira bahawa jumlah judul buku yang diimpot dan dijual kepada rakyat Malaysia adalah berlipat kali ganda lebih banyak daripada jumlah judul yang diterbitkan dalam negara. Mudah-mudahan trend peningkatan jumlah judul terbitan dalam negara ini akan terus naik.
Namun masih ada petugas stesen TV dan media bercetak yang mengeluarkan komen-komen orang tidak membaca dan pasaran buku negara ini amat buruk, seolah-olah tidak ada langsung pembaikan pada tabiat membaca di kalangan orang ramai. Jika rakyat Malaysia masih tidak suka membeli dan membaca buku, tidak mungkin setiap tahun jumlah kedai buku semakin bertambah banyak.
Cakap-cakap yang mengatakan orang Malaysia malas membaca buku boleh memberi kesan negatif ke atas motivasi para penulis dan para penerbit. Orang tidak mahu menjadi menulis, dan takut hendak menjadi penerbit buku.--


Responses

0 Respones to "Isu Tabiat Membaca Rakyat Malaysia: Bagaimana TV dan Akhbar Menyebarkan Informasi Salah ------------------------------"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors