40 Tanda Sekolah Hebat - Bahagian 1



Terdapat 40 panduan untuk kita menilai kehebatan sesebuah sekolah.

Kajian ini dilakukan oleh Majalah Pendidik di beberapa sekolah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.


1. Keharmonian dan kemesraan di kalangan staf anda sangat jelas kelihatan.
2. Tukang kebun menanam pokok-pokok bunga yang menarik tanpa menunggu arahan daripada pihak sekolah.
3. Guru-guru menggunakan kemudahan makmal, komputer dan internet dengan sebaik-baiknya.
4. Pelajar dan guru sentiasa bercakap tentang kebaikan sekolah itu dengan rakan-rakan mereka apabila bercakap tentang sekolah.
5. Guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah anda tidak mempunyai semangat perkauman dan sentiasa mengamalkan nilai keadilan dalam tindakan mereka.
6. Anda sering melihat para pelajar duduk-duduk di tempat-tempat rehat yang disediakan untuk mentelaah atau berbincang mengenai pelajaran mereka.
7. Terdapat kerjasama daripada komuniti di sekitar sekolah anda. Misalnya seorang pemain badminton terkenal sering memberikan tunjuk ajar kepada pasukan badminton sekolah anda secara sukarela.
8. Terdapat kerjasama daripada ibubapa/PIBG. Misalnya, membantu dan membimbing pelajar dalam masalah-masalah kewangan, pelajaran dan sebagainya. Bukan hanya memberi komen itu dan ini sahaja.
9. Mempunyai kumpulan muzik, koir atau kumpulan nasyid yang baik di sekolah anda.
10. Pihak sekolah mengambil berat tentang pelajar yang lemah dan sentiasa mengadakan pelbagai program yang berkesan untuk membantu mereka.


Harus diingat, ini hanyalah hasil kajian. Anda berhak membuat penilaian sendiri.
Tunggu bahagian seterusnya

Di ubahsuai dari http://sks7bangi.blogspot.com/
[Read More...]


Isu Tabiat Membaca Rakyat Malaysia: Bagaimana TV dan Akhbar Menyebarkan Informasi Salah ------------------------------



Rakyat Malaysia semakin suka membeli dan membaca buku. Buktinya, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melaporkan bahawa bagi tahun 2007, jumlah judul yang diterbitkan di Malaysia sudah meningkat ke 14,000. Pada tahun 2003, jumlah itu adalah 6,000 judul. Ini adalah lonjakan jumlah yang amat ketara, yakni lebih 100% dalam tempoh 4 tahun. Lonjakan seperti itu bukan hanya berlaku pada jumlah judul buku yang diterbitkan. Lonjakan juga berlaku pada jumlah pengunjung pesta buku, jumlah pempamer dalam pesta, pada jumlah booth, pada jumlah penerbit buku, jumlah kedai buku, jumlah naskhah cetakan, jumlah jualan buku dan jumlah pengarang.
Perkembangan pesat ini membuktikan bahawa gerakan kempen membaca yang dijalankan oleh PNM selama ini sudah menghasilkan kemajuan ke atas tabiat membeli dan membaca buku di kalangan rakyat Malaysia. Perlu diingat bahawa statistik PNM itu tidak memberi gambaran sebenar judul-judul yang dibeli dan dibaca oleh rakyat Malaysia. Statistik PNM itu hanya terhad pada judul buku-buku yang diterbitkan dalam negara. Statistik PNM tidak mengambil kira bahawa jumlah judul buku yang diimpot dan dijual kepada rakyat Malaysia adalah berlipat kali ganda lebih banyak daripada jumlah judul yang diterbitkan dalam negara. Mudah-mudahan trend peningkatan jumlah judul terbitan dalam negara ini akan terus naik.
Namun masih ada petugas stesen TV dan media bercetak yang mengeluarkan komen-komen orang tidak membaca dan pasaran buku negara ini amat buruk, seolah-olah tidak ada langsung pembaikan pada tabiat membaca di kalangan orang ramai. Jika rakyat Malaysia masih tidak suka membeli dan membaca buku, tidak mungkin setiap tahun jumlah kedai buku semakin bertambah banyak.
Cakap-cakap yang mengatakan orang Malaysia malas membaca buku boleh memberi kesan negatif ke atas motivasi para penulis dan para penerbit. Orang tidak mahu menjadi menulis, dan takut hendak menjadi penerbit buku.--
[Read More...]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors