Berikut di cara-cara memuat turun penyata gaji secara online
1. Layari http://www.anm.gov.my
2. Masuk ke dalam e-Penyata Gaji & Laporan
3. Klik pada Akses Sistem
4. Bagi pengguna baru sila daftar diri anda dengan klik dipautan Pertama Kali Mendaftar
5. Isikan butir-butir yang berkaitan dengan gaji anda. Pastikan katalaluan anda menggunakan gabungan perkataan dan nombor (alphanumeric) untuk jaminan keselamatan.
6. Log In semula menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah anda daftarkan tadi.
7. Maklumat seperti di atas akan terpapar. Sekiranya berlaku kesilapan data sila maklumkan secepat mungkin kepada kerani sekolah untuk pembetulan.
8. Anda boleh membuat carian penyata gaji bagi bulan yang lepas dan terkini dengan mengisi maklumat yang diminta.
9. Peringatan kepada semua:
i. Semua maklumat adalah sulit dan persendirian.
Jadi bagi sesiapa yang menggunakan komputer
awan/kawan/sekolah/pejabat atau mana-mana
tempat pun silalah jaga keselamatan data anda.
ii.Semakin mudah data di akses bermakna semakin
mudah data dicuri.

Responses
0 Respones to "e-Gaji : Penyata Gaji Online"
Catat Ulasan