Lawatan Aspirasi Gemilang



Jasin, 01 Jun - Seramai 34 murid dengan diiringi oleh 6 guru memulakan perjalanan Lawatan Aspirasi Gemilang ke Melaka Bandaraya Bersejarah dengan destinasi yang akan disinggahi adalah Putrajaya dan KLCC. Bandaraya Melaka Bersejarah adalah destinasi yang dipilih kali ini memandangkan lokasinya yang strategik untuk sesi lawatan.


Hari pertama lawatan dipenuhi dengan sesi perjalanan panjang dari Pulau Pinang ke Melaka. Beberapa kali singgah di perhentian untuk membasahi tekak dan membuang air. Kebanyakan murid tidak sabar untuk sampai ke destinasi.

Perjalanan singgah sebentar di Restoran Jejantas Sg. Buloh untuk mengambil seorang peserta yang telah pergi dahulu dengan keluarga ke Johor.

Berbalik kepada perjalanan lawatan, seorang murid nampaknya mengalami masalah kesihatan. Dengan badan yang semakin panas memaksa cikgu memberi perhatian lebih. Dalam perjalanan demamnya agak kurang sehinggalah sampai ke tempat penginapan.

Setelah mengharungi perjalanan lebih kurang 7 jam kami akhirnya sampai juga ke tempat penginapan, Anjung Bonda Homestay. Tempat ini menawarkan pelbagai pakej termassuk pakej homestay agro.

Malam pertama di sini diisi dengan sesi karaoke oleh Cikgu Hakimi dan Cikgu Haizul. Di tengah keheningan malam sempat lagi mereka menghiburkan para peserta yang rata-rata sudah keletihan.

lagi berita dan gambar akan menyusul selepas ini
(almaklum tempat penginapan GPRS pun merangkak....)


Responses

0 Respones to "Lawatan Aspirasi Gemilang"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors