MENGAPA YAHUDI BIJAK ???



Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.



Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Komen penulis.
Catatan ini diambil dari email seorang kawan...

Bukan maksud penulis untuk mengangkat masyarakat yahudi laknatullah tetapi ingin memahami amalan dan sikap mereka. Bak kata pepatah MUSUH YANG DIKENALI LEBIH MUDAH DITUMPASKAN.

Ada beberapa perkara yang patut kita ambil perhatian serius.

1. Sepengetahuan saya memang umat ISLAM dianjur untuk makan mengikut kategori (laut dengan laut, darat dengan darat). Bila makan ikan tidak sebaiknya dipasangkan dengan hidangan daging atau ayam atau telur.

2. Menggoyangkan kepala. Dalam ISLAM memang kita diWAJIBkan solat 5 waktu sehari semalam. Selain solat WAJIB kita juga digalakkan solat SUNAT. Menurut kajian waktu sujud dalam solat itu lebih berkesan untuk menyampaikan oksigen ke dalam otak berbanding menggoyang-goyangkan kepala. Malah oksigen boleh sampai ke tahap yang tidak akan dicapai pada perlakuan biasa. Ini juga memberikan kesan kepada kebijaksanaan otak seseorang.

3. Merokok memang telah lama diharamkan kerana kesannya yang merbahaya kepada manusia secara langsung atau tidak. Di Arab Saudi memang merokok dah difatwakan haram, di Malaysia pun sudah ada fatwa berkaitan.

4. Makan buah-buahan sebelum makan nasi. Itu juga sudah dianjurkan oleh Rasullulah. Memang memakan yang mudah hadam lebih dahulu akan memudahkan penghadaman makanan lain. Macam kereta lah, kalau tak panas lagi enjin akan cepat rosak.


Oleh yang demikian, marilah kita bersama memahami dan berjihad lah untuk memerangi yahudi laknatullah walaupun dengan hanya niat sahaja.

[Read More...]


Martabatkan Bahasa Melayu dalam MT dan SN





PANDANGAN Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Wacana Dilema Melayu anjuran Gapena di Kuala Lumpur baru-baru ini bahawa dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) patut diteruskan tidaklah memeranjatkan kerana beliaulah pencetus, pemutus dan pelaksananya. Beliau masih dengan sikap biasanya yang tidak sesekali berubah atau berpatah balik apabila membuat keputusan.


Dalam laporan Bernama, Tun mengatakan bahawa PPSMI penting agar anak Melayu menguasai Sains dan Matematik dan sekali gus meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Ketika Tun membuat keputusan untuk melaksanakan PPSMI, tiada kajian dibuat menunjukkan bahawa kelemahan penguasaan Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar Melayu (jika benar anak Melayu begitu lemah dalam kedua-dua subjek itu) disebabkan oleh pengajarannya dalam bahasa Melayu.

Kita sebenarnya melahirkan ribuan sarjana dalam bidang sains dan teknologi yang berwibawa dan bertaraf antarabangsa melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu.

Tun menekankan bahawa bahasa Inggeris patut dijadikan bahasa penghantar Sains dan Matematik kerana bahan ilmu kedua-dua bidang itu banyak ditulis atau terbit dalam bahasa Inggeris. Fakta itu tidak cukup kuat untuk kerajaan mengetepikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar Sains dan Matematik kerana bahasa Inggeris itu sendiri asalnya hanya bahasa vernakular, bukan bahasa yang diturunkan dari langit sedia sempurna. Sebelum bahasa Inggeris menjadi bahasa besar, orang Eropah bergantung pada bahasa Latin dan Perancis dalam bidang ilmu, pentadbiran, undang-undang dan ekonomi.

Demikianlah maka bahasa Melayu perlu diberi waktu untuk menjadi mantap sebagai bahasa ilmu, termasuk dalam bidang sains dan teknologi. Amat malang halnya apabila kita sendiri tidak mempunyai perancangan dan kesediaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi, dan cukup sekadar puas hati menyaksikan bahasa Melayu menjadi bahasa percakapan, seperti yang dibanggakan Tun mengenai kebolehannya menggunakan bahasa Melayu walaupun belajar di sekolah Inggeris.

Kita perlu membezakan taraf bahasa ilmu daripada bahasa perhubungan sehari-hari jika kita mengimpikan bahasa Melayu menjadi bahasa besar pada masa depan. Tentulah aib bagi bangsa Melayu yang berhasrat menjadi bangsa besar di dunia tetapi hanya memiliki bahasa perhubungan sehari-hari dan untuk hal ehwal ilmu dan budaya tinggi terpaksa menggunakan bahasa asing.

Hujah Tun bahawa bangsa Arab menjadi maju kerana mempelajari bahasa Greek untuk menguasai sains dan teknologi juga ternyata meleset. Mempelajari bahasa asing dan menggunakan bahasa asing untuk mengembangkan ilmu kepada masyarakat atau bangsa adalah dua hal yang sama sekali berbeza. Maka itu tidak ada pejuang bahasa manapun yang menolak hakikat pentingnya kita mempelajari dan menguasai bahasa asing sebagai jambatan ilmu dan tamadun. Namun, PPSMI bukan program pembelajaran bahasa asing, sebaliknya program pengembangan ilmu kepada bangsa kita dalam bahasa asing!

Pada hakikatnya, orang Arab yang mempelajari dan menguasai bahasa Greek ialah sarjananya, sementara ilmu kepada masyarakat dan bangsanya dikembangkan dalam bahasa Arab.

Hal yang sama dilakukan oleh Barat yang memperoleh pelbagai disiplin ilmu daripada sarjana Arab. Mereka mempelajari dan menguasai bahasa Arab untuk memindahkan ilmu dalam bahasa Arab ke dalam bahasa mereka sendiri. Oleh itu, Barat tidak menggunakan bahasa Arab untuk mengembangkan ilmu kepada bangsa mereka, tetapi sebaliknya menggunakan bahasa mereka sendiri. Itulah hakikat jalan sejarah perkembangan tamadun di dunia.

Seluruh bangsa dan negara yang besar dan maju di dunia sekarang ini pun masih tetap memajukan bangsa dan negara mereka dalam bahasa masing-masing. Angkasawan kita yang ditumpangkan dalam Soyuz Russia pun terpaksa beberapa bulan mempelajari bahasa Rusia untuk mengikuti misi ke angkasa perlepas. Kekuatan bahasa Inggerisnya rupa-rupanya belum cukup melayakkan dia untuk diterima mengikuti misi itu!

Tun turut menggunakan contoh silap apabila mengatakan bahawa buku panduan atau manual telefon bersel yang dicetak dalam bahasa Inggeris oleh pengeluar menyebabkan ilmu Sains yang diajarkan dalam bahasa Melayu menjadi tidak berguna. Bukankah buku panduan itu dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau pelajar kita yang diajar dengan baik bahasa Inggerisnya dapat memahami buku panduan dalam bahasa Inggeris itu. Mungkin Tun belum pernah melihat telefon bersel yang panduannya ditulis dalam bahasa Melayu pada perisian telefon itu sendiri!

Sebagaimana pendukung PPSMI yang lain, Tun mengulang lagu lama bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik bukan langkah meminggirkan bahasa Melayu. Namun, dengan terang di hadapan mata kita bahawa apabila bahasa Melayu akan hanya berfungsi pada sekitar 40 peratus atau kurang di sekolah dan sekitar 30 peratus atau kurang di IPT, maka amat jelas bahawa bahasa Melayu memang terpinggir dan tidak berperanan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, sebagaimana yang ditetapkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996.

Usahlah kita mengalami nasib �Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran�. Ingatlah juga kata orang tua-tua 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya'.

PROF DR AWANG SARIYAN,
Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia - China,
Universiti Pengajian Asing Beijing.
[Read More...]


English Oh English



Timah ingin putuskan hubungan dengan kekasih orang putihnya melalui
surat. Suratnya berbunyi begini:-

Hi,

My motive write dis letter to give know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my heart. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!

The true,

Timah


Pendapat penulis:

"Bahasa adalah satu cara penyampaian maklumat"

Benarkah???

Walaupun dengan apa perkataan pun yang kita gunakan asalkan difahami. Contoh kes diatas adalah yang terbaik (Walaupun cerita ini hanya rekaan semata-mata).Timah tetap dapat menyampaikan maksudnya, maknanya disini bahasa yang digunakan itu telah terbukti berkesan walaupun tidak menepati tatabahasa dan pola ayatnya.
[Read More...]


Bahlulnya Iklan NST



AKU MESTI TULIS SESUATU TENTANG IKLAN NST INI.
Aku rasa semua orang pernah menonton iklan ini di kaca televisyen mereka. Iklan yang biasanya ditayangkan pada waktu puncak iaitu pada silingan Berita Perdana di TV3 itu sebenarnya menunjukkan kebahlulannya pengarah dan penulis skrip iklan itu. Kenapa aku berkata demikian? Daripada kajian strukturalnya, iklan ini berlatarkan Kuala Lumpur (tempat/kawasan paling maju di Malaysia).

Watak dan perwatakannya ialah sekumpulan pelajar lelaki yang menerima pendidikan di sebuah kawasan yang serba canggih, perwatakan mereka juga menampakkan mereka sihat walafiat (manusia normal). Kajian struktural akan menbuktikan ketidakrasionalan iklan ini. Bahlulnya pengarah dan penulis skrip ini ialah;

1. Mustahil pelajar yang berada di Kuala Lumpur tidak pernah mendengar perkataan ' National Monument'. Hanya orang pekak sahaja yang akan tersalah pendengaran lalu menyebut ' cik Maimon'. - Ini bercanggahan dengan penampilan watak pelajar itu yang semuanya normal.

2. Mereka menggunakan bahasa Melayu baku. Oleh itu tidak tergambar kumpulan pelajar itu bertutur dalam dialek kedaerahan macam orang hulu Terengganu, hulu Perlis, hulu Johor, hulu Negeri Sembilan, hulu Melaka, hulu Pahang, hulu Sarawak atau hulu Sabah. Jika dialek kedaerahan itu wujud makanya kita boleh mempercayai bahawa mereka tidak tahu di mana nasional monument itu sebab pelajar itu mungkin baru pindah ke KL.

3. Sistem pendidikan di Kuala Lumpur adalah sistem pendidikan yang paling canggih di Malaysia. Semua kelengkapan P&P tersedia malah cikgu mereka juga merupakan cikgu terbaik. Tak kanlah semudah itu mereka tidak dapat memahami pertanyaan yang amat mudah. Hal ini juga dibuktikan oleh KPM sendiri bahawa pelajar-pelajar bandar tidak menghadapi masalah dalam penguasaan bahasa Inggeris. Keputusan peperiksaan (untuk mata pelajaran BI, matematik dan sains) menunjukkan bahawa prestasi mereka cemerlang.

4. 'Tugu Negara' adalah simbol patriotisma Malaysia yang termaktub dalam buku sejarah bermula daripada sekolah rendah lagi. Oleh itu, bagi seorang pelajar normal, mereka mesti tahu di mana letaknya monumen ini.

5. Dan, kemuskilan paling bodoh ialah bahasa Inggeris bukan bahasa asing bagi kalangan pelajar-pelajar Kuala Lumpur. Kajian mendapati 90% pelajar kawasan bandar (KL) boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Adalah mustahil juga setelah KPM melaksanakan pengajaran matematik dan sains dalam BI bermula tahun 2000 (kini 2008 bermakna telah 8 tahun berjalan), pelajar tingkatan 4 atau 5 tidak boleh faham soalan yang semudah itu jika dibandingkan dengan soalan matematik dan sains yang memerlukan penghuraian jawapan yang lebih sukar daripada itu.

6. Sebahagian besar penduduk di Kuala Lumpur terdiri daripada golongan masyarakat pertengahan yang mementingkan ilmu. Kesedaran terhadap pentingnya ilmu tidak pernah mereka nafikan. Malah mereka ini adalah juga anak-anak pegawai kerajaan yang status ekonominya baik kerana mampu menaiki bas ke sekolah. Oleh itu, bahasa Inggeris tidak terlalu daif atau bodoh bagi mereka.

Kesimpulan:

i. Ini semua adalah agenda juak-juak tertentu yang ingin menghina bangsa Melayu.
ii. Bangsa Melayu dipergadaikan kerana iklan ini tidak melibatkan pelbagai kaum. (Adakah semua pelajar Cina dan India boleh berbahasa Inggeris dengan baik?)
iii. BAHASA MELAYU SEDANG MELALUI AGENDA UNTUK DIBUNUH DITALKIN dan DIKUBURKAN.
iv. Pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam BI adalah GAGAL.
v. Menteri Pelajaran Malaysia perlu bertanggungjawab terhadap iklan ini.

Nah, inilah sebuah kemarahan yang lain dan perlu ditentang kerana menghina bahasa dan bangsa Melayu!

Fikirlah sendiri....
[Read More...]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors