e-Gaji : Penyata Gaji Online



Balik Pulau, 08 Nov - Kerajaan telah mengumumkan penggunaan penyata gaji online bermula bulan November 2010. Bermakna bermula bulan ini, penyata gaji fizikal tidak lagi dikeluarkan. Semua kakitangan kerajaan bolehlah mendapatkan penyata gaji secara online di laman sesawang Jabatan Akauntan Negara Malaysia di alamat http://www.anm.gov.my

Berikut di cara-cara memuat turun penyata gaji secara online


1. Layari http://www.anm.gov.my


2. Masuk ke dalam e-Penyata Gaji & Laporan



3. Klik pada Akses Sistem



4. Bagi pengguna baru sila daftar diri anda dengan klik dipautan Pertama Kali Mendaftar


5. Isikan butir-butir yang berkaitan dengan gaji anda. Pastikan katalaluan anda menggunakan gabungan perkataan dan nombor (alphanumeric) untuk jaminan keselamatan.


6. Log In semula menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah anda daftarkan tadi.



7. Maklumat seperti di atas akan terpapar. Sekiranya berlaku kesilapan data sila maklumkan secepat mungkin kepada kerani sekolah untuk pembetulan.



8. Anda boleh membuat carian penyata gaji bagi bulan yang lepas dan terkini dengan mengisi maklumat yang diminta.

9. Peringatan kepada semua: 
                                             i. Semua maklumat adalah sulit dan persendirian. 
                                                Jadi bagi sesiapa yang  menggunakan komputer
                                                awan/kawan/sekolah/pejabat atau mana-mana 
                                                tempat pun silalah jaga keselamatan data anda. 
                                             ii.Semakin mudah data di akses bermakna semakin 
                                                mudah data dicuri.      
[Read More...]


Latihan Dalam Perkhidmatan kali-3, 2010



Balik Pulau, 22 Mei - PERDA dengan jayanya telah menghantar dua penceramah untuk menyampaikan ceramah bertajuk Pengenalan Komputer dan Asas Pembinaan Laman WEB. Semua guru hadir walaupun terpaksa mengorbankan cuti hujung minggu yang ketiga dalam bulan ini. Nampaknya tema ini amat sesuai untuk dikembangkan sesuai dengan perkembangan semasa dan saranan kerajaan untuk membina masyarakat celik IT.


 cikgu-cikgu tengah kusyuk menghadap komputer

 semua guru tak berkalih langsung. Tumpuan penuh...

 Pandangan penuh, kiranya LDP kali ini paling menarik minat cikgu-cikgu sebab boleh menghadap komputer sambil menjalani latihan.
 Pn. Saliha sedang kusyuk menjeling orang lain sambil mencari ilham untuk membina WEB Ko-Kurikulum.

 cikgu-cikgu lelaki 
Cik Rose pula sedang tersenyum melihat hasil WEB yang dibina beliau


GB memerhati dengan penuh minat. Sempat juga beliau hadir walaupun sedang bercuti.

cikgu-cikgu ni pula tersenyum melihat telatah penceramah dari PERDA, Cik Linda

Tepat pukul 12.00 maka berakhirlah LDP kali ini. Walaupun dalam masa yang agak terbatas namun pengisian nya amat memberangsangkan.

[Read More...]


Selamat Hari Guru







Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan olej Anas bin Malik r.aا Bererti : " Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan".


Tiada kata yang dapat  menggambarkan jasamu guru, tiada ganjaran yang boleh membayar jasamu kecuali syurga ALLAH swt.


Ikuti perutusan sempena Hari Guru 2010 dari :


Menteri Pelajaran Malaysia : Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia : Y.Bhg. Tan Sri Dato' Hj. Alimuddin Bin Hj. Mohd Dom




Terima Kasih CIKGU




kepada semua guru di Malaysia hayatilah  LAGU GURU MALAYSIA
[Read More...]


Aku Janji....



Balik Pulau, 01 September - 4 orang guru telah mendapat tawaran untuk pengesahan jawatan. Sebagai sebahagian dari proses itu, mereka dikehendaki untuk mengangkat sumpah AKU JANJI dihadapan pentadbir (Guru Besar)disaksikan oleh Pn. Hjh Rohana (PK 1).

Cikgu-cikgu yang terlibat ialah

1. Pn. Amizah Abdul
2. Pn. Noor Rizan Hashim
3. Ustz. Norhaniza Osman
4. Pn. Sumarni Bahari

Berikut beberapa gambar yang sempat dirakam sebagai kenang-kenangan


Semua guru terlibat mendengar amanat dan taklimat ringkas dari Guru Besar


Mengangkat sumpah dihadapan Guru Besar dan PK 1 diketuai oleh Cikgu Amizah


Cikgu Amizah sedang menurunkan tandatangan tanda setuju dengan sumpah tersebut.


Ustazah Noor Rizan menurunkan tandatangan tanda setuju dengan sumpah tersebut.


Ustazah Norhaniza tekun meneliti borang AKU JANJI sebelum menurunkan tandatangan


Cikgu Sumarni menurunkan tandatangan tanda taat setia

Sah dah sah jawatan. Jadi, SAH lah cikgu-cikgu semua kena membuat kenduri kesyukuran. Cadangan (Program Buka Puasa).

Kami setuju......
[Read More...]


Cuti Sekolah = Kenduri Kahwin



Pendang, 04 Jun - Musim cuti sekolah merupakan satu kesempatan yang selalu digunakan untuk mengadakan kenduri-kendara. Pada cuti kali ini, giliran Ustazah Afifah pulak menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati En. Ibni.


Pengantin yang sedang tersenyum melayan tetamu sambil posing. Ini adalah saat akhir sebelum dinikahkan.



Bersama suami tersayang selepas balik dari Masjid untuk akad nikah.




Bersama keluarga Cikgu Saad yang turut memeriahkan suasana. Jiran se Pendang mereka ni.

Apa-apapun Warga SK Balik Pulau mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ustazah Afifah dan suami. Semoga kekal hingga ke akhir hayat dan dimurahkan rezeki. Amin
[Read More...]


Kursus LDP - EDUWEBTV



Balik Pulau, 18 April yang lalu telah berlangsung satu Latihan Dalam Perkhidmatan yang dijalankan secara perkongsian ilmu oleh Cikgu Rizwan Dahlan

Penceramah (Cikgu Rizwan) sedang menunjukkan cara melayari laman web EDUWEBTV kepada guru-guru.


Guru besar turut serta menambah ilmu IT dan WEB tv



Cikgu-cikgu sedang kusyuk melayari portal EDUWEBTV untuk mencari bahan P&P.

Alhamdullilah, pada akhir kursus 100% guru menguasai objektif kursus yang dijalankan. Malahan terdapat guru yang telah berjaya mendapat lebih ilmu IT secara perkongsian ilmu
[Read More...]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors