Laporan Lawatan Aspirasi Gemilang 2009



Balik Pulau, 15 Jun - Setelah bercuti selama 2 minggu akhirnya sekolah bermula hari ini dengan satu semangat baru yang sukar untuk diucapkan. Selamat kembali ke sekolah untuk semua murid dan guru. sentiasa pastikan fokus kepada tujuan dan matlamat kita ke sekolah.

Sempena cuti sekolah yang lalu, satu rombongan lawatan telah menuju ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Perjalanan dimulakan pada 09.00 pagi 01 Jun dari Dataran SK Balik Pulau. Perjalanan yang disertai oleh 34 murid dan 6 guru ini menuju destinasi dengan cermat dan selamat.

Perjalanan memakan masa lebih kurang 10 jam untuk sampai ke penginapan di Homestay Anjung Bonda yang terletak di Jasin, Melaka. Untuk hari pertama, aktiviti hanya diteruskan dengan makan malam dan berehat secukupnya sebelum meneruskan aktiviti hari esoknya. Perjalanan yang dirangka begitu panjang bermula dengan seorang peserta demam dan seorang lagi sakit perut.

Perkara biasa bila murid yang berjauhan dari keluarga dan makan dalam perjalanan. Bagi murid yang lain kebanyakan memang tidak tertahan lagi keterujaannya untuk melawati tempat-tempat yang menarik disekitar bandar Melaka. Cikgu Haizul memainkan peranan sebagai pemandu pelancong asyik bercerita kisah-kisah sejarah Melaka menambahkan lagi rasa tidak sabar murid untuk mengunjungi tempat-tempat yang di kisahkan.


Cikgu Saad selaku Ketua Rombongan sedang memastikan semua berjalan lancar sebelum bertoak.


Dihadapan penginapan Anjung Bonda Agro Homestay, Jasin, Melaka


Tempat pertama dikunjungi pada hari pertama; Muzium Maritim


Setelah penat mengembara dalam kawasan bersejarah akhirnya kembali ke Kubu A Famosa.


Bergambar kenangan di Dataran Putra berlatarbelakang Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri.


Berlegar-legar dalam kawasan Petrosains, KLCC setelah kehabisan tiket untuk masuk. Shopping cenderahati saja yang mengubat hati yang lara.


Setelah puas berlegar di dalam KLCC, kami menuju ke Taman KLCC untuk menikmati udara segar sebelum berangkat balik ke Penang.

blogmaster: Tahun depan dalam perancangan ke SABAH atau JOHOR. Tunggu.....



Responses

1 Respones to "Laporan Lawatan Aspirasi Gemilang 2009"

ummicome' berkata...

alhamdulillah...slamat p slamat balik..


15 Jun 2009 pada 2:45 PTG

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors