PTK - Keputusan diumum hari ini



Balik Pulau - 18 Mei, Debaran yang dirasai oleh semua guru di Malaysia akhir akan berakhir dengan pengumuman keputusan PTK Mac 2009 pada hari ini.
Bermacam ragam guru dapat dilihat hari ini. Mungkin bagi yang pertama kali ambil setakat lulus adalah perkara biasa, namun bagi yang telah bertungkus lumus selama beberapa tahun ia sesuatu yang tak boleh diterima.

Apakan daya, ini rezeki masing-masing. Kalau berusaha dengan sepenuhnya maka sekiranya gagal mungkin ada kekurangan di mana-mana. Cuba muhasabah diri, jangan terus putus asa dengan cabaran. Dalam bidang pendidikan inilah yang dikatakan cabaran yang sepatutnya lebih mematangkan kita sebagai guru.

Apapun tahniah kepada CIKGU SALIHA IBRAHIM, CIKGU DINA OTHMAN dan CIKGU HAKIMI SAMAN kerana berjaya mendapat keputusan cemerlang, 4:4. Cikgu Hakimi mendapat keputusan cemerlang bagi kali pertama manakala bagi Cikgu Dina dan Cikgu Saliha untuk kertas P&P sahaja.




Cikgu Hakimi dengan senyum menawan selepas berjaya memecahkan tembok PTK kali pertama. Tahniah blogmaster ucapkan.




Responses

1 Respones to "PTK - Keputusan diumum hari ini"

Unknown berkata...

alhamdulilah...
segala puji-pujian hanyalah untuk Allah..
ini adalah rezeki yang telah ditentukan-NYA untuk saya. Saya mendoakan juga semua sahabat akan berjaya dalam PTK akan datang...Terima kasih..


19 Mei 2009 pada 4:37 PTG

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors