AKU JANJI - Guru baru disahkan jawatan



Balik Pulau, 22 Mei - Beberapa orang guru telah mengangkat sumpah AKU JANJI dihadapan guru besar selepas berjaya disahkan dalam jawatan. Guru-guru yang terlibat adalah Cikgu ADILAH KHOSIN, Cikgu SITI FATIMAH NANYAN dan Cikgu SARINI ABBAS.

Tahniah kerana berjaya dilantik ke dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41. Dengan bersaksikan Penolong Kanan 1, Pn. Hjh Rohana, ketiga-tiga mereka telah mengangkat sumpah AKU JANJI dihadapan Guru Besar, Tn. Hj. Shaharani Hj Saidin sebentar tadi. Dengan menandatangai sijil tersebut maka ingatlah semua cikgu-cikgu terikat dengan semua syarat-syarat tersebut.


Cikgu Adilah Khosin sedang melafazkan ikrar AKU JANJI di hadapan Guru Besar


Cikgu Siti Fatimah Nanyan sedang melafazkan ikrar AKU JANJI di hadapan Guru Besar


Cikgu Sarini Abbas sedang melafazkan ikrar AKU JANJI di hadapan Guru Besar



Guru Besar sedang menyemak sijil AKU JANJI yang telah ditandatangani

Semoga selepas ini akan bertambah bersemangatlah cikgu-cikgu ini untuk memberikan perkhidmatan untuk memajukan sekolah ini. Jadikan halangan dan rintangan sebagai satu cabaran untuk meningkat profesionalisme perguruan.
Pesanan
Untuk makluman cikgu-cikgu yang berjaya ini, adalah menjadi amalan di sekolah ini untuk mengadakan kenduri sempena meraikan sesebuah berita gembira.


Responses

1 Respones to "AKU JANJI - Guru baru disahkan jawatan"

En. Marshall berkata...

aku sokong 100% kalau ada makan free...


25 Mei 2009 pada 9:52 PG

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors