Kenali Para Parasit Komputer



Virus komputer, ia suatu nama yang cukup popular dikalangan pengguna komputer tidak kira yang sudah berpengalaman atau yang baru berjinak dengan IT, kehadirannya sudah menjadi kebiasaan. Bagaimana pula Adware, trojan, dialer, worm, keylogger, hijacker, cookies dan sebagainya, yang masih kurang dikenali terutamanya bagi mereka yang baru mengenali dunia IT dan ada yang beranggapan ianya virus.
Jadi, sudah menjadi suatu kewajaran untuk kita mengenalinya untuk membolehkan pencegahan yang lebih berkesan dapat dilakukan. 'Virus komputer' satu nama yang cukup popular dikalangan pengguna komputer disebabkan keupayaannya mengundang pelbagai masalah kepada komputer. Dunia IT akan terus digemparkan dengan kehadirannya sehingga ia merupakan suatu kebiasaan yang tidak dapat dielakkan. Virus komputer merupakan suatu program yang dicipta untuk pelbagai tujuan dan juga boleh tersembunyi didalam sesebuah perisian.
Virus
Virus komputer berkemampuan mereplika iaitu menyalin diri dan menjangkiti bahagian atau program lain dalam komputer, dokumen, boot sector dan sebagainya. Apabila kita menjalankan program yang dijangkiti, virus tersebut akan mengaktif serta melakukan salinan diri sendiri dan akhirnya akan melakukan pelbagai kerosakan seperti membuat paparan skrin, memadam data dan pelbagai kemusnahan lagi.
Worm
Worm atau cecacing berkemampuan melakukan eksploitasi terhadap kelemahan suatu sistem operasi serta mereplikasi diri pada rangkaian komputer. Contoh Wormsasser teleh melakukan kerosakan pada sistem komputer persendirian dan korporat. Contoh lain pula ialah WormCodeRed telah mengeksploitasi kelemahan windows 2000 iaitu pada file idq.dll iaitu kelemahan buffer overflow Windows 2000.
Adware
Adware Program yang memunculkan pop-up iklan atau iklan yang tersembunyi yang dimasukkan oleh pembuat program kedalam sesebuah program, biasanya program tersebut adalah program yang freeware, shareware dan sebagainya. Jadi pengguna terpaksa menerima iklan tersebut.
Spyware
Program intipan yang berupaya mendapatkan dan mengumpul maklumat pengguna sesebuah komputer tanpa disedarinya. Pencerobohan privacy ini boleh menguntung pihak pengintip kerana sesuatu maklumat terkumpul boleh dijual kepada pihak yang berminat atau untuk sebarang strategi dan promosi produk keluaran syarikat mereka. Program intipan ini boleh didatangi bersama secara tersembunyi melalui program berbentuk freeware, shareware atau demo yang boleh dimuat turun dengan mudah melalui internet.
Trojan
Program ini sangat berbahaya kerana ia membolehkan penggodam komputer untuk mengawal serta melakukan sebarang perubahan kepada komputer tanpa pengetahuan pengguna komputer tersebut. Selain itu ia juga mampu mencipta, menghapus dan memindah sesuatu fail tanpa diketahui.
Hijacker
Kebolehan program ini ialah mengubah apa yang telah disetkan pada pelayar web, menukar arah carian ke laman tertentu seperti laman web lucah. Program ini juga berkemampuan mengubah haluan carian ke enjin carian yang ditetapkan oleh pembuat program ini dan yang paling teruknya ialah apa yang telah diubah oleh program ini tidak dapat diubah kembali, malah mungkin tidak dapat melayari internet seperti biasa.
Dialer
Program ini berkeupayaan memasukkan fungsi sambungan ke internet, memutuskan sambungan komputer dari ISP tempatan dan kemudian ia menukar atau menghubungkan kembali sambungan anda ke ISP lain dan telefon antarabangsa.
Keylogger
Program yang mampu merekod apa sahaja yang anda tekan dikeyboard anda, termasuklah perbualan email dan chat.
Cookies
Ia sebenarnya dicipta untuk disimpan pada sistem untuk membolehkan diakses kembali tapi ada juga menyalahgunakanya dengan berkongsi pada laman lain serta mengumpul maklumat seseorang pengguna yang mungkin untuk dijual bagi memperolehi keuntungan.
Spam
Melibatkan kegiatan e-mail yang tidak diundang kehadirannya yang dihantar dalam jumlah yang banyak dan ia mungkin kegiatan suka-suka, mengacau pemilik e-mail atau aktiviti pengiklanan yang salah iaitu tanpa kebenaran penerimanya. Ia pasti mengundang masalah kepada pengguna dari segi ruang e-mail dan masa.
Credit to http://www.webkl.net


Responses

0 Respones to "Kenali Para Parasit Komputer"

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors