16 Mei muncul lagi. Hari ini merupakan hari yang penuh bermakna buat insan yang bernama Pendidik. Ianya bukanlah dinanti-nantikan, cuma kehadiran dirasai dan dinikmati oleh insan-insan yang tertentu.
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

LOGO HARI GURU

logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.
[Read More...]


Didikan awal bentuk daya pemikiran, kreativiti kanak-kanak.



Oleh Norliza Abdullah
lizz@bharian.com.my

PROSES pembelajaran berkesan bukan memberi tumpuan kepada kesempurnaan tetapi lebih kepada usaha mempelajari sesuatu yang baru dan dilaksanakan dalam kehidupan harian.

Bagi Pengetua sekolah awam yang terletak di New South Wales, berhampiran Sydney, Ross Sutherland, berkata proses mendidik kanak-kanak peringkat awal mendapati mereka memerlukan bimbingan untuk membentuk daya pemikiran dan kreativitibagi mempelajari sesuatu secara semula jadi.

Kanak-kanak di peringkat tadika kini akan memasuki dunia pekerjaan pada 2027 dan bersara pada 2070. Bagi memenuhi keperluan industri pekerjaan, beliau berkata, mereka perlu diberi kemahiran secukupnya, sekali gus membolehkan lebih berdaya saing.

Katanya, menjadi tanggungjawab semua pihak membuat persiapan awal dalam melahirkan generasi muda lebih berdikari, selain mampu bertahan dalam suasana global yang menuntut daya ketahanan tinggi.

“Berhadapan dunia pendidikan lebih kompleks dengan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menuntut kepada kepelbagaian. Guru perlu terkehadapan dengan meningkatkan kemahiran mengendalikan teknologi.

“Kemudahan ICT juga dilihat mampu meningkatkan kecekapan guru dalam melaksanakan tugas harian termasuk menggunakan teknologi semasa menerusi proses khidmat pesanan ringkas,” katanya.

Sebagai persediaan melahirkan generasi muda lebih berdaya saing, Ross berkata, pihaknya melaksanakan kaedah belajar secara semula jadi dengan membawa kanak-kanak berfikir sendiri mengenai apa yang dipelajari.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk `Designing Learning for Tomorrow Leader’s” pada Persidangan Pemikir Antarabangsa ke-14 di Kuala Lumpur Konvensyen Center, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, kanak-kanak hari ini lebih cepat mempelajari sesuatu yang baru.

Kelebihan itu kata beliau, membolehkan mereka cepat berfikir dan mampu bekerja dalam kumpulan dengan memberikan pandangan dan berbincang melakukan bersama-sama.

Sebagai contoh, Ross berkata, kanak-kanak seawal usia lima hingga enam tahun sudah boleh dibiarkan melakukan kerja melukis dan mewarna secara berkumpulan.

Hasilnya beliau berkata, kanak-kanak tadi mampu mengumpulkan bahan berkenaan dan berbincang dengan rakan lain mengenai kaedah terbaik mempamerkan kepada umum untuk dilihat supaya mereka dapat penghargaan.

“Kami melaksanakan pendekatan bersepadu dengan menerapkan kemahiran berfikir dan belajar mengikut kesesuaian mereka berdasarkan persekitaran. Setiap perkembangan kanak-kanak tadi dinilai dari semasa ke semasa dan merekod kebolehan mereka.

“Pemerhatian mendapati mereka lebih mudah melakukan sesuatu dengan bantuan rakan serta membentuk keyakinan, selain mewujudkan semangat kepimpinan di kalangan kanak-kanak ini sendiri,” katanya.

Ross berkata, sistem pendidikan perlu fleksibel dan memberi peluang kanak-kanak meneroka sesuatu yang baru untuk dikongsi bersama. Penerokaan berterusan dengan bimbingan sesuai mampu melahirkan generasi berdaya saing dan mampu memaju sesebuah organisasi secara kreatif pada masa akan datang.
[Read More...]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors